Kiblat itu apa?

Posted on Wednesday, December 10, 2008 by Melica Shandra Ferra



Sumber ini saya perolehi di dalam web site ini
http://bincang.net/forum/showthread.php?t=61121

Maaflah... sajer ingin bertanya... bagi menjawab pertanyaan org bukan islam.... kenapa kiter menghala ke arah kaabah waktu solat (bagi diorg mcm sembah kaabah)... mungkin jugak ada yg berkata bukan kiter sembah kaabah tue... tapi MENYEMBAH ALLAH dan kaabah hanyalah sebagai arah kiblat/menghala/menuju/condong/rujukan/kiblat utk menyembah Allah.

Skang nie timbul pulak pertanyaan dimanakah diamnyer Allah SWT? Bolehkah kiter katakan bahawa Allah SWT berada dimana2 saja disisi kiter?... Ada pulak pendapat mengatakan bahawa kedudukan Allah itu sebenarnya Allah berada di 'throne'nya iaitu di arash yg terletak di atas 7 lapisan syurga. Dalam Quran ade sebut pasal bende ni... Maksud yg betol dari ayat tu ialah petanda Allah (signs of Allah) berada di mana2 dan Allah mengawal segala benda tapi Allah tetap berada di arash-Nya. Pendapat mengatakan Allah berada di mana-mana ialah seperti wahdatul wujud iaitu pandangan orang sufi yg tidak betul.


~Sekarang kita lihat jawaban yang diberi..

Persoalan Keenam: Umat Islam sembahyang ke arah kaabah. Apakah bezanya umat Islam dengan agama penyembah berhala yang lain? Penyembah berhala menyembah berhala, sedangkan umat Islam menyembah batu di Mekah.
Jawapan:
Persoalan ini dapat dijawab dan difahami apabila kita memahami arah objek sembahan. Saya berikan anologi mudah, anak saya yang berusia 2 tahun tidak mengetahui apa-apa mengenai solat dan sebab-sebabnya. Terdapat beberapa kali saya solat, dia akan berdiri di tempat saya sujud. Persoalannya, apakah apabila saya sujud tempat sembahan saya berubah daripada menuju kepada Allah kepada anak saya? Ataupun anak saya tadi tidak ada apa-apa siknifikasi apabila berada di depan saya kerana saya tahu arah tumpuan sembahan saya adalah Allah SWT.

Maka sama halnya dengan kaabah. Dalam menjawab soalan ini saya akan memberikan satu contoh. Katakan bahawa terjadi satu banjir besar, lantas batu-batu yang membentuk kaabah dihanyutkan dan dibawa serta akhirnya ia jatuh di Madinah. Maka apakah sembahan dan kiblat umat Islam juga berubah ke Madinah (lebih kurang 200 batu dari Mekah) daripada Mekah? Sudah tentu jawapannya tidak.

Ini berbeza dengan sembahan orang-orang yang menyembah berhala. Katakan pada suatu hari patung sembahan tersebut diletakkan di kampung A, kemudian keesokan harinya ia dialihkan dikampung B di kampung sebelah, akan berubah atau tidak arah sembahan mereka? Sudah tentu jawapannya Ya.

Satu cara lagi kita boleh memahami perkara ini ialah dengan melihat apabila seseorang sedang sembahyang di atas kapal terbang. Kalau umat Islam menyembah batu di Mekah, sudah tentu mereka sembahyang tunduk ke bawah (sebab altitud kapal terbang lebih tinggi dari Kaabah). Tetapi sebaliknya mereka sembahyang ke arah lurus. Kenapa?

Ini kerana sembahan umat Islam bukanlah batu yang membentuk kaabah tersebut. Batu dan kaabah sekadar sebagai batu tanda bagi menentukan di mana paksi sembahan umat Islam. Paksi tersebut pun bukannya objek sembahan. Sebaliknya paksi tersebut sebagai simbol kesatuan umat Islam ke arah sembahan yang satu. Pengarahan sembahan umat Islam ialah kepada Allah SWT. Di situ tempat sembahan umat Islam sebagaimana umat lain mempunyai kiblat mereka sendiri.
Firman Allah:

“ Dan bagi setiap umat ada kiblatnya sendiri yang ia menghadap kepadanya.
” ( Al - Baqarah : 148)


Contoh mudah yang kita dapat lihat ialah batu sempadan yang diletakkan di tanah-tanah kita. Batu itu bukan sempadan kita. Kerana kalau batu tersebut dialihkan 100 meter di luar sempadan tanah kita atau 100 meter di dalam sempadan tanah kita sempadan yang sebenar tanah kita yang termeteri di dalam peta dan pendaftaran tanah tidak akan berubah. Begitulah halnya dengan kaabah umat Islam. Batu itu sendiri tidak ada nilainya. Batu itu bukan sembahan umat Islam, ia sekadar sebagai penanda tempat letaknya paksi arah kiblat umat Islam.

Ini jelas di nyatakan oleh Allah SWT di dalam Al Quran apabila timbul persoalan kenapa kiblat orang Islam boleh berubah-rubah:

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur atau barat itu satu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu adalah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintai kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin,musafir dan orang yang meminta-minta…” ( Al Baqarah: 177)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa bukannya dengan memalingkan muka itu ke mana-mana arah yang diperintahkan itu bukanlah bermakna itulah objek yang disembah. Sembahan yang sebenar ialah Allah SWT. Kebajikan yang sebenar ialah keimanan kepada Allah SWT sedangkan menghadap kiblat itu hanyalah sebagai satu task atau satu tugasan kepada hambanya untuk menguji adakah mereka dikalangan hamba yang patuh taat atau mereka kufur engkar dan berdolak dalih.



~Sekarang kita lihat dari segi kekuasaan ALLAH..

Di atas saya ada mendapat satu ayat yang mengatakan tentang "
Pendapat mengatakan Allah berada di mana-mana ialah seperti wahdatul wujud iaitu pandangan orang sufi yg tidak betul."

~So, kalau begitu ALLAH itu ada di suatu tempat yang tetap, di mana DIA itu tdk boleh ke mana-mana?

~Bukan kah seluruh alam semesta ada miliknya?

~Jadi kalau umat islam membuka solat mereka harus mengikuti ke arah kiblat..kalau begitu bagaimana jika kamu sesat di hutan dan perlu membuka solat,apakah kamu ketahui di mana arah kiblat?

~kalau kamu katakan ALLAH itu bukan di mana-mana jadi saat kamu berseru kepadaNya..adakah dia akan dengar seruan kamu?

~
tapi MENYEMBAH ALLAH dan kaabah hanyalah sebagai arah kiblat/menghala/menuju/condong/rujukan/kiblat utk menyembah Allah.

~Adakah satu kemestian menghala kiblat untuk menyembah ALLAH, bukan kah setiap nafas yang ALLAH berikan adalah satu kesempatan untuk memuji,menyembah DIA walau dimana pun berada,jadi kalau setiap kali mahu menghala kiblat, bukan kah kamu sedang menghebohkan orang lain yang kamu ini sedang "BERDOA" ??

~Bukan kah lebih baik merendahkan diri,daripada menghebahkan yang kamu ini sedang berdoa?

~Berdoa secara diam-diam, di mana orang tidak ketahui di mana hanya ALLAH sahaja yang ketahui maksud hati mu..bukan kah itu lebih mulia...daripada memberitahu orang lain (signal) yang kamu ini sedang berdoa?


~Di atas semua pertanyaan ini,umat islam akan menjawab begini;

~
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur atau barat itu satu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu adalah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintai kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin,musafir dan orang yang meminta-minta…” ( Al Baqarah: 177)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa bukannya dengan memalingkan muka itu ke mana-mana arah yang diperintahkan itu bukanlah bermakna itulah objek yang disembah. Sembahan yang sebenar ialah Allah SWT. Kebajikan yang sebenar ialah keimanan kepada Allah SWT sedangkan menghadap kiblat itu hanyalah sebagai satu task atau satu tugasan kepada hambanya untuk menguji adakah mereka dikalangan hamba yang patuh taat atau mereka kufur engkar dan berdolak dalih.

~Kenapa ya allah kamu harus memberi tugasan begitu..dan menetapkan kiblat itu satu peraturan yang penting dalam menjalankan kepatuhan hambanya..

~Bukankah lebih indah jika ALLAH ITU DISEMBAH,DIPUJI,DIMULIAKAN,DIAGUNGKAN,walau di mana pun umat nya berada..dan DI ATAS SEMUA ITU IMAN BEKERJA DI DALAM KEHIDUPAN?

~ALLAH kan lebih senang jika umatNya,BERHARAP,MENYEMBAH,MEMUJI DIA SETIAP SAAT DAN DI MANA PUN UMATNYA BERADA...

~Dalam Kristen

Kami tidak dimestikan untuk mengarah ke mana-mana, ke atas langit ke,ke bawah tanah ke,ke kiri,ke kanan atau di mana-mana lar..

~Tapi yang penting kami dengan hati yang tulus mau mencari wajahNya Allah dan kekuatanNya..

~Apa yang ALLAH mahu terhadap kami adalah percaya kepadaNya walau apa pun berlaku,berharap kepadaNya,dan melakukan FirmanNya...

Mazmur
25:14TUHAN bergaul karib dengan orang yang takut akan Dia, dan perjanjian-Nya diberitahukan-Nya kepada mereka.

Yohanes8:51Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa menuruti firman-Ku, ia tidak akan mengalami maut sampai selama-lamanya."

Ibrani
8:10"Maka inilah perjanjian yang Kuadakan dengan kaum Israel sesudah waktu itu," demikianlah firman Tuhan. "Aku akan menaruh hukum-Ku dalam akal budi mereka dan menuliskannya dalam hati mereka, maka Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.

~Allah Bapa yang kami sembah di dalam nama Tuhan Yesus Kristus, adalah hidup,dan DIA sudah meletakkan FIRMANNYA di dalam akal budi kami,dan menuliskan dalam hati kami,jadi apa yang penting adalah MELAKUKAN FIRMAN ALLAH...

~Tuhan bergaul karib dengan orang2 yang takut akan DIA,jadi di sini kita dapat melihat bahwa pergaulan karib itu adalah di antara SAHABAT DENGAN SAHABAT iya kan?

~Betapa indah jika kamu saudara/i muslimin,dan musliman..juga seperti ini iya kan?

~Bukan kah lebih indah jika KITA SEBAGAI UMAT ALLAH YANG HIDUP,dapat selalu berdoa(di dalam hati) atau bersama-sama memuji,memuliakan nama-Nya..dengan bebas??

~Moga kamu diberi hidayah..

dan Tuhan Yesus beserta mu...











~

5 Responses to "Kiblat itu apa?":

SyukraNs says:

sembahyang mengarah ke satu kiblat itu adalah satu yang harus. Bukan pangkatnya wajib. Tetap sah solatnya jika masa itu tidak ketahuan di mana kiblatnya.

Justeru itu, kiblat ini menandakan penyatuan Ummat Islam. Ummat Islam adalah Ummat yang bersatu.

seperti Kristian, amat berbeza cara penyembahannya.
Ada yang hanya pergi gereja, menyanyi. Ada yang hanya duduk di gereja. Ada yang hanya membuat pengakuan. Yang paling senang, buat dosa dan kesalahan, lepas tu jumpa paderi, minta diampunkan dosa...waaaaaa...senang mudah gitu ya? Buat dosa, minta ampun sama paderi lalu jadi mudah agama kristian ini. Dan kristian adalah agama yang berpecah belah. Di dalam kristian ada macam-macam mazhab. 1stnya Roman Catholic, 2nd Protestan 3rdnya Avegelise...dan masing2 menyatakan masing2 sesat. Perpecahan yang dasyat, cuma tidak diketahui ramai. Tidak pula Islam, Ummat yang satu. Biar bermazhab, syafie, hambali, maliki dan hanbali. Dan banyak lagi..selagi mana ia bertunjang Al Quran dan As Sunnah ia tetap digolongkan kaum Muslimin. Yang lebih menariknya Islam ini, ia adalah cara hidup, ia mengajar cara menjaga kebersihan, menjaga kewangan, menjaga keharmonian (hukum hakam), dan macam2 lagi termasuk (apa sahaja di muka bumi ini). Ajaran Islam adalah ajaran yang cukup sempurna. saya belum ketemu lagi undang2 kristian. Tapi undang2 yang digubal oleh paderi adalah. Itupun, hanya segenap perkara sahaja. Lengkap ka ajaran kristian?

Malah Kristian agama yang berpecah belah.

Melica Shandra Ferra says:

Salam Damai berserta mu~

Terima kasih atas komentar anda, di sini ada tak saya pernah mengatakan ajaran lain dari Kristian itu sesat??

kalau ada ya di mana buktinya??

~Saya hanya mengatakan gereja lar harus mengikut FIRMAN ALLAH

~Bukan gereja yang MENETAPKAN FIRMAN ALLAH..

~Dalam FIRMAN tidak ada dikatakan "paderi boleh mengampunkan dosa"

~Tapi sebelum kami dibaptis kami kena mengaku dosa kami kepada pendeta,dan selepas kami mengakuinya dan dibaptis kami percaya yang kami diampuni..

~Dan selepas dibaptis, kami kena selalu dengar-dengaran akan Firman Allah dan menjadi pelaku Firman..dan setiap saat harus minta AMPUN KEPADA ALLAH...

~Tapi dalam katolik, dan ajaran yang bersamaan dengannya. Ada masa tertentu dan setiap kali boleh minta pengampunan dari Tuhan Allah,dan itu membuat mereka manja..kerana akan berfikir begini

"Saya buat dosa ini dulu,nanti besok boleh pergi buat pengakuan..ya gampang aja"

~Padahal ada tertulis "ALLAH TIDAK MEMBIARKAN DIRINYA DIPERMAINKAN"

~Kepada syukrans,saya beri cadangan kepada kamu,lebih baik kamu kaji sendiri bagaimana ajaran Roman Katolik,Jehovah witness dan Protestan..

~Saya adalah bekas RC,dan saya katakan ini semua bukan menjual agama atau apa2..

~Tapi jika kamu kepingin menemukan kebenaran kamu akan temukan..

~Kamu boleh selidiki mana gereja yang "BERTINDAK SESUAI DENGAN FIRMAN ALLAH,DAN MANA YANG TIDAK"

~Semoga kamu diberi hidayah~

GLORY TO THE KING OUR AWESOME GOD..

Salam~

SyukraNs says:

Saya mengetahui ttg mazhab2 kristian kerana saya membesar dalam kelompok kawan2 kristian dan family2 krisitan. Mana-mana yang RC tidak akan bersembahyang di Gereja Protestan, Manakala Avengelis takkan sembahyang di mana2 gereja yang berasingan. Masing2 punya berbeda fahaman.

Saya sudah mengkaji. Dan saya ketemuan bermacam perbezaan dan masing2 menyatakan kebezaan yang tak boleh disatukan.

Melica Shandra Ferra says:

Terima kasih syukrans atas diskusi anda..

~Saya mengetahui ttg mazhab2 kristian kerana saya membesar dalam kelompok kawan2 kristian dan family2 krisitan. Mana-mana yang RC tidak akan bersembahyang di Gereja Protestan, Manakala Avengelis takkan sembahyang di mana2 gereja yang berasingan. Masing2 punya berbeda fahaman.

Saya sudah mengkaji. Dan saya ketemuan bermacam perbezaan dan masing2 menyatakan kebezaan yang tak boleh disatukan.

~kamu benar,mana-mana RC jarang sekali mahu pergi ibadah ke dalam mana-mana gereja kecuali RC..

~Peribadi saya sendiri ditolak oleh keluarga,kerana sudah tidak memegang ajaran RC..padahal SAYA INI PENGIKUT TUHAN YESUS DAN MAHU BERTINDAK MENGIKUT FIRMAN ALLAH..

~Tapi lihat lah,wajar kah saya ditolak?

~Bukan kah kemerdekaan itu sudah terang-terang dipegang??

~Itulah saya pernah katakan di dalam blog fairuz dan juga dalam Cbox blog saya ini bahwa "IBLIS TIDAK MENYUKAI ANAK-ANAK TUHAN MENDAPAT KEMERDEKAAN DAN MENDEKAT KEPADA ALLAH,ITULAH SEBABNYA MEREKA (IBLIS) AKAN MENGGUNAKAN ORANG YANG TERDEKAT UNTUK MENJATUHKAN ANAK-ANAK TUHAN"

~Tapi Ya,Puji Tuhan atas kekuatan yang DIA berikan,DIA tidak pernah membiarkan saya...

~Saya selalu diberkati oleh ALLAH BAPA yang mahakuasa..

~Tentang gereja evengelis,mereka bukan tidak mahu masuk ke dalam mana-mana gereja tapi mereka melayani di gereja mereka sendiri,dan memfokuskan PENGEMBALAAN YANG TETAP,TETAPI SEMUA SAMA IAITU BERTINDAK MENURUT FIRMAN ALLAH,DAN BUKAN MENURUT PENGAJARAN MANUSIA..

~Soal mereka tidak mahu menerima satu sama lain,itu adalah salah.. kerana apabila ada ibadah natal,paska atau perayaan yang penting dalam Kristian..Gereja-gereja (kecuali gereja RC dan yang bersamaan dengannya)ini akan bergabung dalam satu ibadah,dan kami bersama-sama memuji,menyembah Tuhan..ASAL SAHAJA FIRMAN ALLAH YANG DIPEGANG BUKAN PERINTAH MANUSIA..

~Banyak lagi mazhab Kristen lain yang kamu ketahui tak?

~Mormon?
~Jehovah witness?

~Kamu Carilah DIA dengan sungguh2,di mana ada kemahuan di situ ada jalan..

~Mukjizat itu nyata bagi orang percaya..

GLORY TO THE KING OUR AWESOME GOD

syukrani says:

Ya, saya memang mencari DIA yang esa. Dan saya ketemui DIA LAH MAHA ESA DAN MAHA PERKASA. DIALAH pencipta kasih dan penyebar sayang. Dialah yang mengawal Dunia dengan penuh bijaksana. DIA lah yang YANG TIDAK TIDUR DAN TIDAK MATI. DIALAH yang paling awal dan paling akhir. Sesungguhnya segala jiwa dan raga kita di dalam tanganya. Bila ia berfirman JADI...maka JADILah...

ALLAH TUHAN YANG ESA