Kenapa saya ada di dunia??

Posted on Monday, April 20, 2009 by Melica Shandra Ferra

Shalom semua,

Menurut pengalaman saya,begitu banyak kekecewaan yang ada di dunia,sehingga timbul pertanyaan ;
kenapa orang tua saya begini?
kenapa keadaan saya begini?
kenapa nasib saya begini?

kenapa..kenapa..kenapa..

~sampai2 ada yang mengenakan profil dirinya "I HATE MY LIFE BECAUSE OF YOU" atau mencederakan diri sendiri..adoii...

Namun di sini cuba anda renungkan;
anda ada kerana bukan kamu yang mahu tapi Sang Pencipta mencipta anda,biar anda merasakan buruknya nasib anda,hodohnya wajah anda ..tapi itulah ANDA..

~Pengalaman yang saya alami sehingga saya pernah cuba membunuh diri kerana pacaran..
~Pernah meninggalkan rumah kerana kecewa pada adik beradik,ibu-bapa..
~Menjadi pelajar yang banyak kerosakan disiplin..

Saya mengakui bahwa dahulunya saya begitu agresif dengan orang,sampai2 pernah cuba memegang pisau untuk membunuh..

Saya juga pernah berfikir kenapa keadaan saya seperti ini.. namun dalam hal yang lain saya tidak pernah mengenal siapa Tuhan Allah sebenarnya.

~Saya mengatakan lebih baik saya tidak wujud,kerna keadaan saya hanya menyusahkan orang lain sahaja..

~Namun hari semakin berlalu,saya membaca buku "Surga Itu Nyata" (Buku Tuhan Yesus) saya merasa satu pembaharuan di dlm membaca nya..

~Hari demi hari saya membangun di dlm Tuhan Yesus,Dia mengubah saya begitu ajaib.. dari yang suka berlawan kepada yang berdiam, Dari yang emosi kepada yang lebih memahami, dari pedendam kepada mengampuni,daripada yang kikir kepada yang suka memberi..

~Ketika saya berfikir singkat ke belakang peribadi saya yang lalu, saya menjadi malu kerana HIDUP INI BUKAN LAH UNTUK DIBENCI,NAMUN UNTUK DIHARGAI!!..

~Bayangkan bila anda membenci hidup ini,anda sama sekali tidak menikmati nya,perasaan sebegitu datang nya dari si jahat kerana

Injil Yohanes 10:8 Semua orang yang datang sebelum Aku, adalah pencuri dan perampok, dan domba-domba itu tidak mendengarkan mereka.

dan..

Yohanes 10:10 Pencuri datang hanya untuk mencuri dan membunuh dan membinasakan; Aku datang, supaya mereka mempunyai hidup, dan mempunyainya dalam segala kelimpahan.

Jadi hidup yang Tuhan Allah berikan ini,bukan untuk dibenci atau tidak dihargai tapi harus dihargai dengan menyerahkan hidup kita pada Tuhan Allah kita Tuhan Yesus Kristus..

~Apabila suatu saat,ketika saya mengalami masalah baik keuangan,keluarga.. pekerjaan..dan macam2 masalah..

Saya hanya memandang Tuhan Yesus, anda tahu apa yang saya lakukan untuk menghibur hati yang penat.. saya akan memandang alam semula jadi yang begitu indah dan agung dengan menghayati pembuatan tangan Si Sang Pencipta, saya akan merasa kagum dan puas..

~Saat saya melihat burung2 di udara berterbangan,angin yang meniup pokok2..yang begitu asyik dengan tiupan angin itu..hati saya merasa tenang..

~Saya gembira kerana saya masih bisa merasakan semua itu, namun ada insan lain lagi yang tidak dapat merasakan itu, kenapa saya yang sihat ini tidak berkongsi kegembiraan dengan mereka yang masih lagi dalam kesedihan?

~Saya berfikir jika pada saat ini saya melihat bumi dengan keindahan nya.. apatah lagi SURGA!!

~Wah itu pasti tidak dapat menandingi SURGA,apatah lagi bila berjumpa dengan Si Sang Pencipta dan yang saya kenal sebagai RAJA di atas segala raja!! Tuhan di atas segala tuhan..dan lagi yang membenarkan saya untuk memanggil DIA BAPA..

Wah..saya berfikir lagi,jika Bapa yang saya kenal itu adalah Raja dan Tuhan.. dan Dia mengakui saya anak-Nya..

Jadi kalau begitu saya adalah anak Raja!!

~Aha.. this is amazing!! saya harus berkongsi dengan yang lain bahwa mereka juga anak Raja..

jika saja mereka percaya kepada Dia "Yesus Kristus" ..

~Segala kesedihan yang saya alami,masalah2 yang ada.. tidak bisa mengubah kenyataan yang sebenar..

~Saat saya menyerahkan semuanya pada Tuhan Allah saya (Yesus Kristus) saya mengalami suatu damai sejahtera ;

Yohanes 15:10 Jikalau kamu menuruti perintah-Ku, kamu akan tinggal di dalam kasih-Ku, seperti Aku menuruti perintah Bapa-Ku dan tinggal di dalam kasih-Nya.
15:11 Semuanya itu Kukatakan kepadamu, supaya sukacita-Ku ada di dalam kamu dan sukacitamu menjadi penuh.

Jadi di dalam hidup ini tidak perlu khuatir,baik apa kamu makan,uang belanja anak2, maupun pekerjaan.. kerana Tuhan Allah berjanji memberi yang terbaik untuk kita semua
Dengan "Carilah dahulu Kerajaan Allah,maka selebihnya akan ditambahkan kepada mu"

P/s : Jangan risau dengan hidup mu,tapi senantiasa cari Kerajaan Allah,dan hidup menyenagkan hati-Nya ..

Tuhan Memberkati :)

0 Responses to "Kenapa saya ada di dunia??":